You are here: Home Batik Kapas

Master Wan Batik

Keistimewaan Batik Kain Kapas

E-mail Print PDF

Kain asalnya diperbuat daripada benang kapas.  Kebiasaan kita dengar asal kapas menjadi benang, daripada benang menjadi kain. Kain yang diperbuat daripada kapas diperakui mempunyai keistimewaan yang tersendiri, justeru telah menguasai pasaran fabrik sejak zaman berzaman lagi dan menyaingi pelbagai jenis fabrik lain yang telah dicipta.

Pelbagai jenis fabrik dihasilkan daripada benang kain kapas. Antaranya sponge cotton, fine cotton, cotton poplin, cotton lawn, voile, sheeting, terry cloth, plisse, cotton cheers, chintz, sheeting, double knit, dan banyak lagi.

Selain daripada pakaian, kain kapas sentiasa menjadi pilihan untuk menghasilkan produk hiasan dalaman rumah atau pejabat seperti sarung kusyen, sarung bantal, cadar, langsir, alas meja, mahu pun hiasan dinding.

Fabrik daripada kapas menjadi pilihan penggemar yang mengetahui kelebihannya. Fabrik ini lebih lembut, sejuk dan menyerap peluh. Ia selesa dipakai dan berupaya menguasai cuaca. Justeru, ia sesuai dipakai walau di mana saja, samada di rantau tropika, sejuk mahupun panas. Warna yang dicetak pada fabrik ini juga mempunyai daya tahan terhadap cuaca serta menghasilkan warna yang segar dan tidak mudah pudar.

Menyedari kelebihan ini, MasterWan Batik memilih fabrik kapas sebagai material utama dengan menghasilkan pelbagai produk seperti kemeja, blaus, kurung, pareo, tali leher, seluar pendek, seluar panjang, sapu tangan, hiasan dinding, sarung kusyen, langsir, cadar dan banyak lagi produk yang relevan. Ia diserikan pula dengan rekaan corak kontemporari dan universal yang menjadi pilihan golongan remaja dan dewasa. Di negara-negara Eropah, Amerika, Asia dan Afrika kain kapas merupakan fabrik yang paling digemari dan menjadi pilihan pereka fesyen lebih-lebih lagi pada musim panas dan bunga.
 

Keunikan rekacorak MasterWan Batik yang menarik dan memenuhi citarasa semua peringkat umur serta etnik bersama keselesaan kain kapas menjadikan produknya diminati ramai di seluruh pelusuk tanah air dan antarabangsa. 

Paling penting penggunaan fabrik ini oleh MasterWan Batik adalah sesuai dengan cuaca negara kita yang panas dan selesa digayakan.   Ia mudah menyerap peluh dan tidak berbau lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering melakukan tugasan di luar pejabat. 

Koleksi corak batik yang dikeluarkan oleh MasterWan Batik yang menampilkan warna dan corak menarik pastinya memikat lelaki dan wanita yang bijak memilih fabrik yang berkualiti bagi digayakan seharian dan mingguan sebagaimana yang diwajibkan kepada kakitangan awam pada setiap hari Khamis. 


Penjagaannya juga tidak sukar seperti fabrik lain dan boleh dipakai lasak.  Kain kapas boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh.   Pengguna disyorkan supaya mengelakkan kain atau baju batik dijemur di tengah panas. Semasa menggosok renjiskan sedikit dengan air.  Ini akan menjadikan warnanya tahan lama dan segar.

Kakitangan awam berpeluang mempunyai lebih banyak helai baju kemeja dan kain batik untuk pakaian batik ke peejabat. Produk ini boleh didapatii dengan harga yang tidak semahal kain batik yang diperbuat daripada sutera. Kain kapas dijangka akan menjadi alternatif pada masa kini kerana ramai yang sudah mengetahui kehebatan, kelebihan dan keunikan kain kapas.

Rekaan himpunan fesyen MasterWan Batik lebih kepada corak-corak yang kontemporari, dinamik, geometrik dan urban.  Corak flora dan fauna digubahjalin dengan elemen-elemen seni visual khususnya titik dan garisan serta prinsip rekaan berjaya melahirkan rekacipta trend corak universal dan konvensional menjadi kesukaan ramai pelbagai peringkat tanpa dibatasi sempadan usia, etnik dan negara.

Last Updated ( Wednesday, 21 April 2010 13:44 )  

Batik Articles

Blog
Info Batik
Keratan Akhbar

Pools

Sudahkan anda memiliki atau membeli Batik 1Malaysia
 

MWB Visitors

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini389
mod_vvisit_counterSemalam442
mod_vvisit_counterMInggu Ini2149
mod_vvisit_counterBulan Ini4027
mod_vvisit_counterKeseluruhan273358

Online : 4

We are near to you….

MasterWan Batik (MWB) beroperasi di Lembah Klang sebagai pengeluar batik lukis/canting/ tulis, khususnya kemeja, kurung, pareo, kaftan, kain pasang 4 meter dan  kain baju kemeja jacquard, cotton, rayon, creepe, satin, linen dan chiffon.  Lokasi  MWB yang terletak di Kajang, berhampiran dengan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Lembah Kelang umumnya akan memudahkan pelanggan berkunjung dan berurusan untuk sebarang tempahan dan pembelian.  Selain dari Selangor dan Kuala Lumpur, pelanggan dari Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, Kedah, Pahang mahupun Pulau Pinang juga mudah untuk sebarang urusan pembelian dan penempahan. Lagi

All Rights Reserved

Hak Cipta Terpelihara 2010 MasterWan Batik. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa jua bentuk pun dan dengan apa jua cara pun sebelum mendapat izin bertulis dari pihak MasterWan Batik.

Facebook


promosi batik
Tempahan Pakaian Batik

Client Summary

Gambar Baju Batik Malaysia Canting Asli
YAB. Perdana Menteri  memakai Baju Batik Malaysia rekaan MWB
Gambar Baju Batik Malaysia Canting Asli
YB Dato' Mustafa Mohamed memakai Baju Batik Malaysia rekaan MWB
Gambar Baju Batik Malaysia Canting Asli
YB Dato’ Seri Khalid b. Mohd Nordin memakai Baju Batik Malaysia rekaan MWB
Gambar Baju Batik Malaysia Canting Asli
YB.Dato'Dr.Shafie Bin Salleh memakai baju batik rekaan MWB

Advertisement


Customer Care

Sila hubungi Marketing Team @ MWB
 

+6019 316 1003
+6012 672 8360

 www.masterWanBatik.com
 MasterWan Batik (SA0089287-K)
 Butik & Kilang Cetakan
23, Jalan Seksyen 2/15,
Taman Kajang Utama,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 sales@masterwanbatik.com

About MasterWan Batik

MasterWan Batik (MWB) adalah pengeluar/pengilang/pembekal Batik Asli di Lembah Klang dengan rekaciptanya yang unik. MWB sedia menerima tempahan baju kemeja, baju kurung dan sebagainya untuk kegunaan majlis rasmi, makan malam dan baju korporat serta menerima tempahan daripada butik-butik pakaian batik. Pihak MWB memerlukan pengedar/agen atau butik-butik pakaian yang berminat bagi memasarkan produk batik samada di Malaysia atau luar negara.